Monday, 22 April 2013

Kasih @ kasihankan anak?

Assalamualaikum.. Hari ni terbaca posting Saiful Nang di FB(saya baru je LIKE beliau di FB) sebab sejak dua menjak ni ada friend dalam friend list saya yang terlebih dulu menjadi 'peminat' beliau.. Posting SN pun lebih kurang posting saya ni.. kasih atau kasihankan anak? Saya ex-student psikologi dan memang sangat teruja dengan posting2 yang berkaitan psikologi anak-anak ni.. Membaca posting beliau sebelum ni mengenai roll out opss silap..Roll Call katanya.. kalau roll out tu dah macam Transformers.. Maka posting yang santai nukilan SN ni mmg menarik minat saya.. OK, for myself saya ada 3 orang anak buat masa ini (plan for 4 insyaAllah).. 

 Akmal - anak sulong saya ni mmg sangat manja.. dari kecik mmg senang jaga dia..kurang menangis sampai jiran sebelah rumah bertanya, ada anak ke? tak dengar pun menangis.. Alhamdulillah.. namun sejak Akmal masuk darjah 1, di sini skill saya sebagai ibu memang teruji.. kenapa? Of course la.. dia dah kenal dunia luar, kenal lebih ramai rakan sebaya yg semestinya datang dari pelbagai cara didikan berbeza dari saya dan En. H terapkan pada dia sejak kecik. 

 Ainin - My only dotter @ princess (at the moment) .. Kalau bercakap pasal Ainin, perkara benda pertama yg terlintas.. dia sangat kuat merajuk..macam saya.. hehe Tapi dalam merajuk dia.. dia paling rajin tolong saya jaga adik dia.. Ainin xmcm Akmal tak pandai nak tunjuk manja tapi saya tahu dia sangat suka bila saya peluk dan cium dia.. Ainin selepas menjangkau umur 1 tahun, boleh dikatakan tiap bulan perlu ke klinik.. Ainin senang sgt kene Asthma smp saya dah ada sendiri portablae nebulizer in case dia kene Asthma tengah malam. Tapi sejak dia dah masuk tadika, belum lagi diserang Asthma.. Alhamdulillah syukur sgt saya..

 Asyraf - Baru je dapat berjalan sejak seminggu lepas.. sejak lahir mmg kuat nangis. Nasib baik En. H sangat sabar menjaga dia terutama ketika saya terpaksa berkerja di hujung minggu.. 

 Anak-anak ini amanah saya dan En. H.. sungguh kami kasihkan mereka.. Macam Akmal n Ainin mmg ada tugas sebaik sahaja sampai dirumah. Tugas Ainin hantar semua baju kotor ke bakul yang saya letakkan di dapur. Akmal most of tugas yg saya bagi setakat ini, dia perlu jaga dan tengokkan adik2 sementara saya bersihkan diri dan solat. Dan setiap hujung minggu, Akmal perlu kemas bilik dan katilnya sendiri.. InsyaAllah sesuai dengan peningkatan umur anak2 saya, saya akan berikan tugas2 yang buatkan mereka lebih menghargai apa yg ada disekeliling mereka.. Bercakap pasal anak-anak selalu buat saya nak menitiskan air mata.. huhuhu 

 Tadi saya ada bgtau kan Ainin skrg belum lagi dirawat kerana Asthma sejak awal tahun ni kan? Apa rahsianya?

;
;
;
;
;
;
;
;


Inilah rahasia saya..

 .

Boleh hubungi saya untuk mengethaui lebih lanjut untuk Mealshake and Omega Guard ni.
Meh saya sharekan testimoni pelanggan Shaklee yang berpuashati dengan kedua-dua produk ni..



Jangan tunggu lama-lama..
Jangan fikir panjang-panjang.. just sms/ whatsapp saya: 012-329 6185 (Aisha Mohamad)

Saturday, 6 April 2013

How to keep your EBM? (Penjagaan EBM ~ susu ibu)


Oh Mommies.. ada tak yang macam saya yang tak berapa nak pandai handle EBM or susu ibu ni? Ok meh saya SHARE macamna nak handle EBM.. meh kite belajar sesama eh?
♥ EBM storage guide ♥

Sebagai seorang 1st time mother mahupun 1st time breastfeeding mom, terlalu banyak perkara berkaitan penjagaan bayi yang perlu dipelajari.

Antara perkara penting yang perlu dimahiri adalah mengenai EBM storage management atau pengurusan penyimpanan susu perahan.

Untuk memudahkan para mommies membuat rujukan mengenai tempoh penyimpanan EBM ini, gambar rajah di bawah akan dapat membantu anda.

Boleh juga save dan cetak gambar rajah di bawah untuk diberikan kepada babysitter/nursery/penjaga semasa ketiadaan anda bersama bayi anda.


Bila orang tengok macam remehnya ada EBM nih, nak panaskan nak sejukkan, nak defrostkan lagi ler, tak tak.. sebenranya apabila kitabuat dengan kasih sayang dan tanggungjawab.. insyaAllah takde masalah..

Credit to: FB Babyboo mimijumi.

Tuesday, 2 April 2013

Tips Elak dan Rawat Bengkak Susu



Apabila gigi bayi sudah mula tumbuh, si kecil ini sudah pandai mengigit puting payudara ibunya ketika menyusu. Kesannya, ramai ibu yang ‘seram’ menghadapi situasi ini sehingga ada yang membuat keputusan menghentikan penyusuan gara-gara tidak tahan sakit digigit bayi. Bagi mengelak situasi ini, ikuti beberapa panduan di bawah.

Salah satu kaedah rawatan yang terbaik untuk membantu mencegah kesakitan sewaktu menyusukan bayi. Menghisap dengan teknik yang salah adalah penyebab utama timbulnya rasa sakit pada payudara.

Teknik Menghisap Yang Tepat


1. Mulut bayi perlu merangkumi sebahagian besar kawasan aerola payudara
2. Jangan biarkan si manja anda menghisap pada bahagian hujung payudara.
3. Cuit bahagian bibir bawah si manja dan dagunya agar dia geli kerana cara ini boleh membantu mulutnya terbuka lebih luas dan boleh menghisap susu badan dengan lebih baik.
4. Bertukar-tukar posisi penyusuan juga boleh mendorong si manja menghisap susu dengan lebih baik.
5. Rangkul seluruh badan si manja ketika menyusukannya atau berbaring secara mengiring. Cara ini lebih selesa untuk ibu dan bayi.

Uncang Teh


Menurut pakar laktasi bertauliah, Kelly Bonyata di dalam laman webnya, dengan meletakkan uncang teh yang basah dan hangat pada payudara boleh mengurangkan rasa sakit yang dialami sejurus memberi susu badan kepada si manja. Kehangatan teh tersebut sangat membantu mengurangkan rasa sakit yang dialami.

Mengepam Susu Badan


Jika si ibu terlebih dahulu mengepam susu badannya sebelum memberi si manja menghisap secara langsung, ia boleh membantu meningkatkan aliran susu ibu. Dengan cara ini si manja boleh menghisap dengan lebih mudah. Kaedah ini sangat berkesan untuk mengurangkan rasa sakit pada payudara si ibu.

Tuam


Tuam bahagian payudara dengan menggunakan kain atau pad hangat juga antara kaedah yang dapat membantu mengurangkan rasa sakit.






Tip Elak Bengkak Susu

• Pemilihan coli penyusuan juga sangat penting. Ini bagi memastikan si ibu berada dalam keadaan selesa di samping membantu menyokong payudara anda.
• Susukan bayi anda dengan kerap dan mengikut jadual yang sama setiap hari. Jika anda berada di pejabat, memadailah dengan mengepamnya mengikut jadual.
• Bayi anda perlu menghisap susu dengan kaedah yang betul.
• Semasa si manja sedang menyusu si ibu boleh mengurut buah dadanya perlahan-lahan bagi melancarkan aliran susu ibu.
• Jika kesakitan yang dialami agak kuat, si ibu disarankan untuk mengambil ubat tahan sakit seperti parasetamol.

Rawatan Alternatif


Hari ini terdapat pelbagai jenis produk yang boleh membantu anda dalam menangani masalah ini. Produk alternatif ini nyata mudah digunakan dan boleh diaplikasikan pada bila-bila masa. Antara pad gel yang boleh anda cuba ialah :

1. Therapy Gel Pads
Produk pelbagai guna ini boleh digunakan untuk melegakan masalah saluran susu tersumbat, mastitis dan mengurangkan pembengkakan payudara.
Produk ini boleh digunakan sebagai terapi sejuk atau panas, sangat lembut dan fleksibel demi memberi keselesaan kepada si pemakai. Diperbuat daripada material yang selamat dan diluluskan oleh FDA.

2. Jingle Jungle Reusable Warm
Hangatkan pad terlebih dahulu dan letakkan pada payudara sebelum menyusukan bayi. Ia membantu melancarkan aliran susu. Jika anda mengalami pembengkakan atau rasa tidak selesa, sejukkan pad gel ini terlebih dahulu dan letakkan pada payudara di antara waktu penyusuan.

3. Feme Pad Natural Pain
Produk ini membantu untuk mengurangkan pembengkakan atau rasa tidak selesa selepas melahirkan. Pad ini sangat lembut digunakan walaupun selepas dibekukan dan ia mengikut bentuk tubuh si pemakai. Bagaimanapun, pad ini hanya sesuai untuk kegunaan suhu sejuk sahaja dan tidak sesuai untuk dipanaskan.

Sumber :http://pama.karangkraf.com/famili/rawat-bengkak-susu-1.55672