Tuesday, 5 November 2013

Kebaikan Bawang Putih - Garlic

Bawang putih (Allium sativum) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Alliaceae sama seperti lain-lain jenis bawang iaitu bawang besarbawang merahlik , dan kucai. Bawang putih telah ditanam dan digunakan manusia semenjak beribu tahun dulu dalam perubatan dan masakan[1]Bawang putih seperti juga bawang merah dan bawang besar mempunyai daun dan bebawang yang berada dalam tanah yang cetek sahaja. Berbeza dengan bawang besar yang mempunyai satu bebawang, bawang putih dibentuk dari pelbagai bebawang yang mebentuk satu rumpun bebawang.
Bawang putih dipercayai berasal dari tengah pergunungan Asia iaitu di TajikstanTurkmeniaUzbekistan dan utara IranAfghanistan dan Pakistan.[2] Ia daritumbuhan liar yang kemudian dibuat pembiakbakaan tumbuhan sejak dulu kala. Tanaman ini merupakan tanaman yang mendapat penekanan di negara oirental seperti di China dan Korea.
Belum ada maklumat mengenai tanaman bawang putih dibuat di Malaysia kerana tanaman ini kurang sesuai di Malaysia yang mempunyai iklim lembab dan banyak hujan memudahkan serangan penyakit bawang putih. Negara pengeluar utama bawang putih didunia ialah China dengan 10.5 juta metrik tan setahun atau kira-kira 77% penghasilan dunia.
sumber: wikipedia
Apa kebaikan Bawang Putih ni?


Untuk pengetahuan anda, bawang putih mempunyai banyak khasiat di mana ia dapat melindungi tubuh dari diserang penyakit jantung dan kanser serta menghapuskan 60 jenis kulat dan 20 jenis bakteria.  Mari ikuti kenapa bawang putih sangat baik untuk kesihatan anda. 

1)      Mengurangkan Kolestrol
Keinginan untuk sihat pasti menjadi idaman wanita. Dengan penggunaan bawang putih dalam masakan atau memakan bawang putih secara mentah, anda dapat menurunkan kadar kolesterol dalam badan sekiranya di ambil secara berterusan dalam jangka masa panjang.  Di pasaran kini, terdapat banyak pil yang lebih mudah untuk anda makan tetapi masih mempunyai khasiat yang sama.

2)      Elakkan Kanser Perut
Kesihatan adalah penting kepada pasangan dan anda dalam pengamalan diet pemakanan yang seimbang. Sekiranya anda menggunakan bawang putih, penyakit seperti kanser perut dapat dielakkan. Ini kerana, bawang putih menghalang nitrat diet daripada menjadi sel kanser.

3)      Menghalang Kemerosotan Otak
Tidak semestinya tubuh badan sahaja perlu sihat, anda juga pasti menginginkan otak yang sihat dan cerdas. Tanpa otak yang sihat, anda mungkin tidak dapat membuat keputusan dengan betul dan berada dalam keadaan tenang. Oleh itu, amalkan bawang putih untuk menghalang kemerosotan otak serta membantu meningkatkan sistem ketahanan badan.

4)      Awet Muda
“Oh, tidak! Garis-garis kedutan sudah mula nampak di dahi, bawah lingkaran mata, dan dagu”.  Masalah ini pasti membelenggu fikiran anda apabila umur meningkat seiring masa.  Terutamanya kepada wanita yang mementingkan kecantikan tubuh badan dan rupa. Usah risau, bawang putih dapat melambatkan proses penuaan anda untuk jangka masa panjang.  Wajah anda akan tampak lebih muda dengan amalan yang berterusan. 

5)      Mengurangkan Stress
Persekitaran yang bising di tempat kerja, cuaca yang panas dan tidak menentu, masalah kewangan, masalah keluarga yang mengganggu perasaan dan pemikiran anda yang akan diakhiri dengan tekanan perasaan seperti stress.  Jangan biarkan diri anda dibelenggu masalah, tenanglah dalam menyelesaikan sesuatu masalah.  Untuk kesan yang lebih baik, amalkanlah pemakanan bawang putih dalam masakan, kerana ia juga dapat mengurangkan tekanan yang anda alami. 

6)      Terhindar Serangan Jantung
Disamping mengurangkan kadar kolesterol dalam badan, khasiat bawang putih ialah untuk mencegah tubuh dari diserang penyakit jantung.  Kini, serangan jantung tidak mengira peringkat umur. Kepada bakal pengantin dan pasangan pengantin baru, adalah terbaik sekiranya anda bertindak dari sekarang. Sesungguhnya, mencegah lebih baik daripada merawat.

7)      Meningkatkan Selera makan
Ini adalah berita baik buat anda yang ingin menambahkan berat badan.  Khasiat daripada bawang putih boleh membantu anda untuk meningkatkan selera makan.  Tidak perlu ubat atau vitamin tambahan, dengan masakan yang mengandungi bawang putih, anda sudah mendapat keputusan yang diingini.

sumber credit to: karangkraf
Alternatif 

Alternatif yang tak larat nak kunyah bawang putih tu kan? Boleh sangat mencuba Garlic Complex Shaklee. Hanya 2 biji sehari dan anda akan dapat kebaikan yang tersenarai kat atas tu.
Sebab saya dah mencuba, saya dah rasa kebaikannya.. dan naaaak sangat anda yang di luar sana rasa juga kebaikan 'Bawang Putih Shaklee' ni. Tiada bau macam kite makan bawang sebenar.. best sangattt!

Ok jangan tunggu-tunggu untuk mencuba, boleh hubungi saya
~ Aisha Mohamad (FB)
~ SMS/Whatsapp : 012-329 6185

Monday, 22 July 2013

Jika saya mengandung lagi, pasti Set Berpantang SHAKLEE menjadi pilihan utama

Assalamualaikum..
Lama bangat saya tak update blog.. Dah hampir separuh Ramadhan dah kan? saya mulakan langkah kaki saya hari ini dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim..

Yang mengenali saya dan yang baru nak kenal saya, saya ni merupakan ibu yang dah pun punya tiga cahaya mata comey; Akmal Hakimi, Ainin Nur Hana' dan Asyraf Husaini.. Alhamdulillah.. syukur..

Setiap kali kelahiran saya selalu tercari-cari set berpantang yang best. Best maksud saya kat sini, 
(1) senang makan, tak payah bancuh-bancuh. (Masa pantang anak pertama, mak bagi jamu yang kene bancuh-bancuh.. huhu)
(2) tak efek pada baby  macam kembung perut
(3) kebaikan dapat pada saya dan baby (sekali harung)
(4) yang penting boleh kasi kurus.. hahaha 

Tapi sejak anak pertama sampai anak ke-3 saya masih belum jumpa yang ada kebaikan seperti di atas tu.
Namun sekarang ni belum pun mengandung anak yang ke-4, dalam kepala dah tahu dan dah tak sabar nak guna set berpantang Shaklee ni. Patutla sejak dua menjak ni suka sangat tengok orang mengandung.. teringin pulak rasanya.. Ainin pun pandai mintak nak adik girl pulak.. hehe cam tau tau je isi hati ibu ni kan?

Apa ada dalam Set Berpantang Shaklee ni  sampai ramai sangat yang mencari-cari set ni?

Vita-Lea Iron formula
                                                                  B-Complex
Vitamin C
Zinc Complex
ESP (Add on)




Vita-Lea Iron Formula
Multivitamin yang mengandungi 12 vitamin & 7 mineral penting
Pelengkap nutrisi
Keupyaan sistem produktif
Melindungi fungsi organ
Penambahan tenaga segera

B Complex
Meredakan stress
Membantu tumbesaran
Memperbaiki masalah rambut dan kulit kepala
Menecegah anemia
Meredakan senggugut

Vitamin C
Mencantikkan kulit
Membentuk Kolagen
Meningkatkan sistem imun
Memperbaiki insomnia
Mengekalkan kolestrol sihat
Memperbaiki simptom pendarahan

Zinc Complex
Menggalakkan pertumbuhan rambut, kulit dan kuku yang cantik dan sihat
Membantu dalam pemyembuhan luka akibat pembedahan atau selepas bersalin
Mempertingkatkan sistem imun

ESP - Soy Protein Isolate Powder
 Membekalkan tenaga
Menyuburkan kesihatan kulit, rambut, kuku & otot
Penting untuk ibu yang menyusukan anak
Antara kelebihan tambahan untuk ESP bole dibaca di sini.


Dah makin ramai mencuba dan berpuashati selepas menggunakan set berpantang Shaklee ni. Antaranya kawan saya sendiri yang baru sahaja melahirkan baby boy yang comey last month.. 




Pada ibu-ibu yang bakal melahirkan, jangan penat-penat fikir macam saya dulu-dulu sebab set Shaklee adalah jawapan kepada semua ibu-ibu dalam pantang yang mahukan terbaik untuk anak dan diri sendiri.
Bak kata orang, badan kite ni nak guna lama ye tak? Jangan nanti belum umur 40-an dah sakit-sakit sana sini 
Mencegah lebih baik dari menggubat.

Berminat? Meh hunbungi saya..

Aisha Mohamad(ID:910567)


sms/ whatsapp: 012-329 6185



Monday, 10 June 2013

Tips bayi Kulit Bersih dan mulus

Hari ni kakak ipar saya yang mengandung 5 bulan kot request tips untuk bagi baby kulit putih cantik..
Ramai kawan-kawan di FB beliau reply untuk cuba minum air soya, makan tempe, tau fu fa dan apa sahaja yang berkaitan dengan soya. Dulu-dulu saya pun masa mengandung cuba petua yang sama. Kita hanya berusaha, tapi Allah yang berkuasa kan? 

Dalam mencari-cari petua untuk beliau, elok pulak Majalah PaMa (Karangkraf) publish petua ni page mereka. Saya sharekan petua tersebut di sini..

Semua ibu bapa mahu memiliki bayi yang mempunyai kulit bersih dan mulus. Ia boleh dimiliki dengan mengamalkan petua tradisional sejak mengandung lagi.
Amalan minum air kelapa ketika kandungan memasuki trimester ketiga amatlah digalakkan. Amalkan minum air kelapa seminggu sekali. Air kelapa dikatakan berkhasiat untuk membersihkan kulit bayi. Dengan itu apabila bayi dilahirkan, dia akan memiliki kulit bersih tanpa kesan yang biasa dialami oleh bayi lain yang baru lahir. In Shaa Allah sepanjang usia bayinya, anak jarang menghadapi masalah berkaitan kulit.
Sumber: Majalah PaMa

Tapi sekarang bukan je air kelapa, coconut mealshake ada, jelly kelapa ada.. nak nak time cuaca panas macam sekarang ni kan.. memang menyegarkan..
Yummy!

Kalau berminat dengan petua dan tips- tips lain bole klik di sini untuk petua jantung sihat atau nak tahu tips tambahkan susu badan bole cuba petua di sini


Friday, 7 June 2013

CoQ10 - Tips Jantung Sihat

Produk yang dinanti2kan oleh ramai orang.. Shaklee will be launching new product CoQ10 with Vit E and Green Tea Extract.. syoknya..

Apa dia CoQ10 ni? 

CoQ10 merupakan zat makanan laut  larut lemak yang hadir semulajadi dan ditemui di setiap sel tubuh kita untuk berfungsi dengan baik. Namun, is lebih banyak ditemui di dalam organ-organ yang bekerja lebih keras dan memerlukan tenaga selular yang banyak untuk organ seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas berfungsi.

Tahukah Anda?

Untuk mendapatkan keperluan harian CoQ10 sebanyak 30mg, anda perlu makan seekor ayam seberat 1.7kg atau sebotol mentega kacang. Macam mustahil kan?
CoQ10 Shaklee 28mg adalah penyelesainnya.

CoQ10 telah ditunjukkan dapat:

# Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung 
# Menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL
#Meningkatkan peredaran darah
# Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah

Dos Pengambilan?

# Hanya sebiji kapsul sehari selepas makan

Awas!
Jauhi daripada kanak-kanak. Wanta mengandung dan menyusui bayi atau mengambil ubat tekanan darah tinggi, sila dapatkan nasihat pakar perubatan atau doktor sebelum menggunakannya.

Tips Kesihatan:


#Cara Mengelak Serangan Darah Tinggi 



* Jangan merokok 


* Kekalkan berat badan yang sihat 

* Bersenam secara kerap 

* Semua orang dewasa yang sihat dalam lingkungan umur 18-65 tahun seharusnya mendapat sekurang-kurangnya 30 minit kegiatan senaman yang sederhana 5 hari seminggu 

* Makan makanan yang sihat 

* Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar 

* Kurangkan pengambilan garam 

* Kurangkan makanan bergoreng; pilihlah makanan yang dikukus, panggang atau dibakar 

* Kurangkan pengambilan makanan yang sarat dengan kolesterol 

* Ambillah suplemen Koenzim Q10 (CoQ10) 




Thursday, 30 May 2013

Tips #2 Petua Mudah Tambah Susu

Kerapkali terdengar cakap-cakap di kalangan ibu baru bersalin tentang susu badan yang semakin berkurangan. Sebenarnya ada petua mudah yang boleh diamalkan bagi mengelakkan masalah tersebut.
1.      Kerap menyusu
Semakin kerap ibu menyusukan bayi, semakin banyak susu akan terhasil. Jadi, galakkan bayi untuk lebih kerap menyusu. Penyusuan di antara 10 hingga 12 kali atau lebih dalam tempoh 24 jam akan merangsang hormon prolaktin yang menghasilkan lebih banyak susu.

2.      Amalan tradisi

Petua orang lama mengamalkan pemakanan tertentu bagi menambah susu. Ia tidak terhad kepada masyarakat Melayu sahaja. Malah, kaum Cina dan India turut menggunakan kaedah yang sama. Antara jenis makanan yang dipercayai menambah susu ialah, ulam-ulaman (pegaga, peria, raja, turi, betik, jantung pisang batu dan lain-lain), lobak putih, ikan yu dan banyak lagi.

3.      Makanan herba
Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan harian membantu menambah pengeluaran susu. Paling popular ialah halba. Selepas dibeli, cuci halba dengan sempurna dan keringkan. Kemudian simpan di dalam bekas bertutup dan makan sesudu halba setiap hari. Antara herba lain ialah jintan hitam. Cara pengambilannya sama seperti halba.

4.      Minum air ikut keperluan
Selain daripada pemakanan yang berkhasiat, air juga perlu cukup. Ada pendapat mengatakan ibu perlu minum sehingga lapan gelas air sehari. Namun, paling penting anda harus minum air kosong mengikut keperluan tubuh. Selain air kosong, anda juga boleh minum minuman lain seperti susu, air kacang soya dan jus oren segar. Jus oren segar berupaya meningkatkan penghasilan susu,



5.      Posisi yang betul
Dapatkan posisi yang betul setiap kali menyusukan bayi. Paling utama, anda perlu memastikan bayi melekap dengan betul. Jika anda menghadapi masalah untuk mendapatkan posisi yang betul, dapatkan tunjuk ajar daripada jururawat, doctor atau pakar laktasi tentang teknik dan posisi yang berkesan.

credit to: pama karangkraf

Tuesday, 28 May 2013

VIVIX Shaklee turunkan paras gula pesakit Diabetes


Hari ni nak share pasal VIVIX Shaklee.. 

#1 MANFAAT VIVIX:

1- Membantu dalam menghalang kanser
2. Mengurangkan risiko sakit jantung
3. Mengurangkan komplikasi pesakit Diabetes
4. Menyokong kesihatan sendi
5. Membantu pengurangan berat badan 
6. Meningkatkan sistem imun
7. meningkatkan kesihatan mata
8. Menyokong kesihatan menyuluruh



Aisha Mohamad
Shaklee Independent Distributor ID: 910567
SMS/ Whatsapp: 012-329 6185
FB: Aisha Mohamad

Monday, 22 April 2013

Kasih @ kasihankan anak?

Assalamualaikum.. Hari ni terbaca posting Saiful Nang di FB(saya baru je LIKE beliau di FB) sebab sejak dua menjak ni ada friend dalam friend list saya yang terlebih dulu menjadi 'peminat' beliau.. Posting SN pun lebih kurang posting saya ni.. kasih atau kasihankan anak? Saya ex-student psikologi dan memang sangat teruja dengan posting2 yang berkaitan psikologi anak-anak ni.. Membaca posting beliau sebelum ni mengenai roll out opss silap..Roll Call katanya.. kalau roll out tu dah macam Transformers.. Maka posting yang santai nukilan SN ni mmg menarik minat saya.. OK, for myself saya ada 3 orang anak buat masa ini (plan for 4 insyaAllah).. 

 Akmal - anak sulong saya ni mmg sangat manja.. dari kecik mmg senang jaga dia..kurang menangis sampai jiran sebelah rumah bertanya, ada anak ke? tak dengar pun menangis.. Alhamdulillah.. namun sejak Akmal masuk darjah 1, di sini skill saya sebagai ibu memang teruji.. kenapa? Of course la.. dia dah kenal dunia luar, kenal lebih ramai rakan sebaya yg semestinya datang dari pelbagai cara didikan berbeza dari saya dan En. H terapkan pada dia sejak kecik. 

 Ainin - My only dotter @ princess (at the moment) .. Kalau bercakap pasal Ainin, perkara benda pertama yg terlintas.. dia sangat kuat merajuk..macam saya.. hehe Tapi dalam merajuk dia.. dia paling rajin tolong saya jaga adik dia.. Ainin xmcm Akmal tak pandai nak tunjuk manja tapi saya tahu dia sangat suka bila saya peluk dan cium dia.. Ainin selepas menjangkau umur 1 tahun, boleh dikatakan tiap bulan perlu ke klinik.. Ainin senang sgt kene Asthma smp saya dah ada sendiri portablae nebulizer in case dia kene Asthma tengah malam. Tapi sejak dia dah masuk tadika, belum lagi diserang Asthma.. Alhamdulillah syukur sgt saya..

 Asyraf - Baru je dapat berjalan sejak seminggu lepas.. sejak lahir mmg kuat nangis. Nasib baik En. H sangat sabar menjaga dia terutama ketika saya terpaksa berkerja di hujung minggu.. 

 Anak-anak ini amanah saya dan En. H.. sungguh kami kasihkan mereka.. Macam Akmal n Ainin mmg ada tugas sebaik sahaja sampai dirumah. Tugas Ainin hantar semua baju kotor ke bakul yang saya letakkan di dapur. Akmal most of tugas yg saya bagi setakat ini, dia perlu jaga dan tengokkan adik2 sementara saya bersihkan diri dan solat. Dan setiap hujung minggu, Akmal perlu kemas bilik dan katilnya sendiri.. InsyaAllah sesuai dengan peningkatan umur anak2 saya, saya akan berikan tugas2 yang buatkan mereka lebih menghargai apa yg ada disekeliling mereka.. Bercakap pasal anak-anak selalu buat saya nak menitiskan air mata.. huhuhu 

 Tadi saya ada bgtau kan Ainin skrg belum lagi dirawat kerana Asthma sejak awal tahun ni kan? Apa rahsianya?

;
;
;
;
;
;
;
;


Inilah rahasia saya..

 .

Boleh hubungi saya untuk mengethaui lebih lanjut untuk Mealshake and Omega Guard ni.
Meh saya sharekan testimoni pelanggan Shaklee yang berpuashati dengan kedua-dua produk ni..



Jangan tunggu lama-lama..
Jangan fikir panjang-panjang.. just sms/ whatsapp saya: 012-329 6185 (Aisha Mohamad)

Saturday, 6 April 2013

How to keep your EBM? (Penjagaan EBM ~ susu ibu)


Oh Mommies.. ada tak yang macam saya yang tak berapa nak pandai handle EBM or susu ibu ni? Ok meh saya SHARE macamna nak handle EBM.. meh kite belajar sesama eh?
♥ EBM storage guide ♥

Sebagai seorang 1st time mother mahupun 1st time breastfeeding mom, terlalu banyak perkara berkaitan penjagaan bayi yang perlu dipelajari.

Antara perkara penting yang perlu dimahiri adalah mengenai EBM storage management atau pengurusan penyimpanan susu perahan.

Untuk memudahkan para mommies membuat rujukan mengenai tempoh penyimpanan EBM ini, gambar rajah di bawah akan dapat membantu anda.

Boleh juga save dan cetak gambar rajah di bawah untuk diberikan kepada babysitter/nursery/penjaga semasa ketiadaan anda bersama bayi anda.


Bila orang tengok macam remehnya ada EBM nih, nak panaskan nak sejukkan, nak defrostkan lagi ler, tak tak.. sebenranya apabila kitabuat dengan kasih sayang dan tanggungjawab.. insyaAllah takde masalah..

Credit to: FB Babyboo mimijumi.

Tuesday, 2 April 2013

Tips Elak dan Rawat Bengkak Susu



Apabila gigi bayi sudah mula tumbuh, si kecil ini sudah pandai mengigit puting payudara ibunya ketika menyusu. Kesannya, ramai ibu yang ‘seram’ menghadapi situasi ini sehingga ada yang membuat keputusan menghentikan penyusuan gara-gara tidak tahan sakit digigit bayi. Bagi mengelak situasi ini, ikuti beberapa panduan di bawah.

Salah satu kaedah rawatan yang terbaik untuk membantu mencegah kesakitan sewaktu menyusukan bayi. Menghisap dengan teknik yang salah adalah penyebab utama timbulnya rasa sakit pada payudara.

Teknik Menghisap Yang Tepat


1. Mulut bayi perlu merangkumi sebahagian besar kawasan aerola payudara
2. Jangan biarkan si manja anda menghisap pada bahagian hujung payudara.
3. Cuit bahagian bibir bawah si manja dan dagunya agar dia geli kerana cara ini boleh membantu mulutnya terbuka lebih luas dan boleh menghisap susu badan dengan lebih baik.
4. Bertukar-tukar posisi penyusuan juga boleh mendorong si manja menghisap susu dengan lebih baik.
5. Rangkul seluruh badan si manja ketika menyusukannya atau berbaring secara mengiring. Cara ini lebih selesa untuk ibu dan bayi.

Uncang Teh


Menurut pakar laktasi bertauliah, Kelly Bonyata di dalam laman webnya, dengan meletakkan uncang teh yang basah dan hangat pada payudara boleh mengurangkan rasa sakit yang dialami sejurus memberi susu badan kepada si manja. Kehangatan teh tersebut sangat membantu mengurangkan rasa sakit yang dialami.

Mengepam Susu Badan


Jika si ibu terlebih dahulu mengepam susu badannya sebelum memberi si manja menghisap secara langsung, ia boleh membantu meningkatkan aliran susu ibu. Dengan cara ini si manja boleh menghisap dengan lebih mudah. Kaedah ini sangat berkesan untuk mengurangkan rasa sakit pada payudara si ibu.

Tuam


Tuam bahagian payudara dengan menggunakan kain atau pad hangat juga antara kaedah yang dapat membantu mengurangkan rasa sakit.






Tip Elak Bengkak Susu

• Pemilihan coli penyusuan juga sangat penting. Ini bagi memastikan si ibu berada dalam keadaan selesa di samping membantu menyokong payudara anda.
• Susukan bayi anda dengan kerap dan mengikut jadual yang sama setiap hari. Jika anda berada di pejabat, memadailah dengan mengepamnya mengikut jadual.
• Bayi anda perlu menghisap susu dengan kaedah yang betul.
• Semasa si manja sedang menyusu si ibu boleh mengurut buah dadanya perlahan-lahan bagi melancarkan aliran susu ibu.
• Jika kesakitan yang dialami agak kuat, si ibu disarankan untuk mengambil ubat tahan sakit seperti parasetamol.

Rawatan Alternatif


Hari ini terdapat pelbagai jenis produk yang boleh membantu anda dalam menangani masalah ini. Produk alternatif ini nyata mudah digunakan dan boleh diaplikasikan pada bila-bila masa. Antara pad gel yang boleh anda cuba ialah :

1. Therapy Gel Pads
Produk pelbagai guna ini boleh digunakan untuk melegakan masalah saluran susu tersumbat, mastitis dan mengurangkan pembengkakan payudara.
Produk ini boleh digunakan sebagai terapi sejuk atau panas, sangat lembut dan fleksibel demi memberi keselesaan kepada si pemakai. Diperbuat daripada material yang selamat dan diluluskan oleh FDA.

2. Jingle Jungle Reusable Warm
Hangatkan pad terlebih dahulu dan letakkan pada payudara sebelum menyusukan bayi. Ia membantu melancarkan aliran susu. Jika anda mengalami pembengkakan atau rasa tidak selesa, sejukkan pad gel ini terlebih dahulu dan letakkan pada payudara di antara waktu penyusuan.

3. Feme Pad Natural Pain
Produk ini membantu untuk mengurangkan pembengkakan atau rasa tidak selesa selepas melahirkan. Pad ini sangat lembut digunakan walaupun selepas dibekukan dan ia mengikut bentuk tubuh si pemakai. Bagaimanapun, pad ini hanya sesuai untuk kegunaan suhu sejuk sahaja dan tidak sesuai untuk dipanaskan.

Sumber :http://pama.karangkraf.com/famili/rawat-bengkak-susu-1.55672

Wednesday, 20 March 2013

Tips #1 DOA DAN ZIKIR UNTUK MEMPERBANYAKKAN SUSU IBU




DOA..


- Baca surah albaqarah ayat 60; letakkan tangan pada payudara, usap, dan doa dalam hati 

semoga Allah murahkan rezeki anak kita & supaya kita mampu keluarkan susu yang cukup 

pada anak kita hingga sekurang-kurangnya umurnya 2 tahun.



Maksud ayat : Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, 

maka Kami berfirman: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu”, (ia pun memukulnya), lalu 

terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara 

mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): “

Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan 

bencana kerosakan di muka bumi”.


- Baca doa untuk ibu-ibu- “Ya ALLAH…permudahkanlah segala urusan kehidupanku, 

banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan 


anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan…AMIN…




ZIKIR..

- Berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari.

Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir

tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum.”



- Baca Selawat dan bismillah sebelum menyusu dan mengepam.







Ihsan- SweetBonda

Monday, 4 March 2013

Variasi resipi cara bancuh ESP


Memandangkan ESP ni  one of our best seller.. maka dibwh ni disenaraikan cadangan beberapa cth resipi cara bancuh yg anda boleh cuba..
  1. ESP + Air suam
  2. ESP+ Fresh Milk (sama ada susu kotak atau susu tepung)
  3. ESP + Fresh Milk + kurma (rendam kurma dalam susu..after few hours..blend/shake it and mix with 1 sudu ESP)
  4. ESP + SusuAnmum
  5. ESP + Performance Drink Shaklee + MealShake Shaklee


  6. ESP + Nesvita 3in1
  7. ESP + jus twister tropicana
  8. ESP + Ribena
  9. ESP + any fruit juice ( tembikai, epal, lobak putih,peria,pegaga)
  10. ESP + Milo/Horlicks
  11. ESP + sirap bandung
  12. ESP + fresh milk + 1sudu madu + 1sudu oat + 1sudu serbuk koko (blend) *boleh mix setengah sudu kecikserbuk Shaklee fiber (jika ada)
  13. ESP + KOKO + OAT
  14. ESP + Milo/Serbuk Coklat Cadbury + SUSU HL 
  15. ESP + kurma + oat+ susu tepung + madu + air msk (blend)
  16. ESP + kurma + kismis + badam + fresh milk <<<<-- blend
  17. ESP + meal shakes + MILO<<<<--- sejukkan SEDAP.
  18. ESP + Nestle Bliss (sejuk2 dari peti ais)
  19. ESP + Kurma + nestum (bukan 3 in 1) + mealshakes + susu tepung <-- blend, pastu letak ketul ais, sedap n kenyang
  20. ESP + kurma + badam + avocado + ais(blend sekali) -->hasil? sgt mengujakan!!
*boleh tambah list ini ikut pengalaman anda
_____________________________
Dan ini pula resipi smoothies
Bahan2:
  • Segelas fresh milk
  • 1-2sudu besar natural plain yogurt
  • fresh fruits (saya guna banana pagi ni... potong kecik2.. then frozenkan sebentar)
  • Suplemen (sy add sesudu ESP, sesudu Mealshake dan sepeket Collagen powder.. sbb tu resipi namanya awet muda kekal langsing.. haha)
  • 1 sudu kecik madu
  • Serbuk koko (optional)
Cara2 : Blend semua bahan2 di atas ....kemudian apa lagi.. minummmm

NOTES:
  • JANGAN BANCUH protin dengan AIR PANAS kerana kandungan zat protein mudah musnah pada suhu yang tinggi.
  • Jangan ambil lebih dari 3sudu besar sehari ..(berat utk buah pinggang proses protin yg berlebihan)

Hubungi saya untuk maklumat lanjut, konsultasi produk PERCUMA. 

Setiap pembelian ESP pada bulan MAc 2013 ini PERCUMA/FREE postage ke semenanjung Malaysia.

Hubungi saya: Aisha Mohamad 012-329 6185

Thursday, 14 February 2013

Love Yourself First


Alhamdulillah Testimoni pertama dari pelanggan Beautiful Hana - Setelah pengambilan 
secara berdisiplin selama 5 hari, masalah migraine berkurangan. Walaupun tujuan pengambilan sebenar beliau untuk slimming tapi Alhamdulillah ESP turut membantu masalah migraine beliau.. Saya turut teruja.. 



Apa kebaikan Shaklee ESP (Soy Protein Isolate Power):

• Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan
rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.

• Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.

• Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada
keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. Kajian
menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal
kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*

• Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu
Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP),
di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari
proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Anda mahukan konsultasi percuma dan produk Shaklee 

dengan harga berpatutan dan mengikut budget anda? 

Jangan segan untuk hubungi saya melalui SMS/Whatsapp @ 

012-329 6185



Thursday, 31 January 2013

Februari datang lagi..

Assalamualaikum semua yang sudi menjengah blog I yang 'hijau' lagi ni.. Salam Jumaat.. Semoga hari ini merupakan hari yang baik utk anda semua..
Bermulanya Februari setiap tahun memberikan semangat luar biasa bagi saya.. sbb bulan Februari adalah bulan kelahiran saya dan saya berkongsi bulan bahagia ini dgn anak saya Asyraf Husaini yg genap umurnya 1 tahun pada hari ini 1 Februari 2013 dan seluruh warga Wilayah persekutuan merayakan bday Asyraf sbb diorg cuti umum hari ni.. (perasan..) :)

Ok la..sempena Bulan Birthday saya dan Asyraf, Shaklee pun buat promotion juga.. 
Beli 6 PERCUMA 1 OMEGA GUARD. 

Apa Omega Guard ni ek? 
Shaklee OmegaGuardTM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan.  Satu hidangan OmegaGuardTMmenyediakan 1000mg asid lemak omega 3  termasuk DHA dan EPA. 

Kenapa nak amik Omega Guard ni ek?
Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.
Omega Guard sangat sesuai untuk menurunkan kolestrol jahat dan seterusnya mengurangkan risiko strok.

Siapa yang memerlukan Omega Guard?
Ibu mengandung, yang nak turunkan kolestrol sudah tentunya..yang nak turunkan berat badan, nak bagi kat anak-anak pun bole..

Kalau anda berminat, bole hubungi saya di 

Facebook: Aisha Mohamad atau 
SMS/WhatsApp: 012-3296185

Dgn setiap pembelian dgn Beautiful Hana, ada FREE gift dan penghantaran percuma door-to-door di kawasan sekitar SHAH ALAM, Puncak Alam, Setia Alam.