Monday, 10 June 2013

Tips bayi Kulit Bersih dan mulus

Hari ni kakak ipar saya yang mengandung 5 bulan kot request tips untuk bagi baby kulit putih cantik..
Ramai kawan-kawan di FB beliau reply untuk cuba minum air soya, makan tempe, tau fu fa dan apa sahaja yang berkaitan dengan soya. Dulu-dulu saya pun masa mengandung cuba petua yang sama. Kita hanya berusaha, tapi Allah yang berkuasa kan? 

Dalam mencari-cari petua untuk beliau, elok pulak Majalah PaMa (Karangkraf) publish petua ni page mereka. Saya sharekan petua tersebut di sini..

Semua ibu bapa mahu memiliki bayi yang mempunyai kulit bersih dan mulus. Ia boleh dimiliki dengan mengamalkan petua tradisional sejak mengandung lagi.
Amalan minum air kelapa ketika kandungan memasuki trimester ketiga amatlah digalakkan. Amalkan minum air kelapa seminggu sekali. Air kelapa dikatakan berkhasiat untuk membersihkan kulit bayi. Dengan itu apabila bayi dilahirkan, dia akan memiliki kulit bersih tanpa kesan yang biasa dialami oleh bayi lain yang baru lahir. In Shaa Allah sepanjang usia bayinya, anak jarang menghadapi masalah berkaitan kulit.
Sumber: Majalah PaMa

Tapi sekarang bukan je air kelapa, coconut mealshake ada, jelly kelapa ada.. nak nak time cuaca panas macam sekarang ni kan.. memang menyegarkan..
Yummy!

Kalau berminat dengan petua dan tips- tips lain bole klik di sini untuk petua jantung sihat atau nak tahu tips tambahkan susu badan bole cuba petua di sini


No comments:

Post a Comment